Tuesday, August 25, 2026
HomeBERITAHanya Minta Tiada Tauge Dalam Makanan, Gerai Siap Kenakan Caj RM1

Hanya Minta Tiada Tauge Dalam Makanan, Gerai Siap Kenakan Caj RM1

SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam.

Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar.

Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”.

Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka.

Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram.

“Ini tidak masuk akal,” katanya, 

Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan meletakkan tauge jika diminta, tanpa mengenakan caj tambahan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tengoklah Ramai Je Nak Bagi, Setakat RM10 Juta Tiada Hal’ –...

0
PETALING JAYA – Tular foto dulang hantaran bersama cek RM10 juta, penerbit, Datuk A. Aida meminta menunggu pengumuman sama ada gambar berkenaan sebagai bayangan...

CATEGORIES