Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAHanya Kuala Nerus, Setiu Masih Terjejas Banjir

Hanya Kuala Nerus, Setiu Masih Terjejas Banjir

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kini tinggal 1,052 orang dengan Kuala Terengganu menjadi daerah terbaharu pulih sepenuhnya hari ini.

Seramai 183 mangsa daripada 41 keluarga daerah tersebut yang sebelum ini menetap di dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebentar tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 260 keluarga yang masih terjejas berada di 10 PPS di dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Setiu.

“Kuala Nerus masih mempunyai 976 mangsa daripada 247 keluarga yang berada di lapan PPS.

“Antara PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gemuroh, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan SK Kompleks Gong Badak,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 76 mangsa daripada 13 keluarga pula masih terjejas di Setiu.

Beliau berkata, mereka berada di dua PPS iaitu SK Telaga Papan dan SK Rhu Sepuluh.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES