Tuesday, November 18, 2025
HomeBERITAGoogle Didenda AS$2 ‘decillion’ Akibat Buang Saluran Youtube

Google Didenda AS$2 ‘decillion’ Akibat Buang Saluran Youtube

MOSCOW – Sebuah mahkamah Russia mendenda syarikat Google yang beribu pejabat di Menlo Park, California  sebanyak AS$2 ‘decillion’ (RM8.73 ‘decillion’)  kerana membuang sebilangan saluran di platform YouTube miliknya, lapor portal berita Fox News semalam.

Agensi berita negara Tass melaporkan,  Google berhutang kepada kerajaan Russia sebanyak AS$2 ‘decillion’ yang mempunyai 33 angka sifar.

Gabungan ekonomi dunia pula dianggarkan berjumlah cuma AS$110 trillion (RM480.67 trilion).

 

“Google telah dibicarakan oleh sebuah mahkamah Russia untuk liabiliti pentadbiran di bawah Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran kerana memadamkan saluran pada platform YouTube,” kata seorang peguam, Ivan Morozov kepada Tass.

Menurutnya, mahkamah Russia mengarahkan Google memulihkan semua  kandungan itu.

Menurut Morozov, keputusan itu menetapkan bahawa jika Google tidak membayar denda dalam tempoh sembilan bulan, jumlahnya akan berganda setiap hari.

Keputusan itu juga menetapkan bahawa Google akan dibenarkan kembali ke Russia hanya selepas mematuhi keputusan mahkamah.

Google tidak membalas untuk mendapatkan komen berhubung keputusan tersebut.

Sumber –  Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tiga Akta Dipinda Tahun Depan Untuk Pelaksanaan Tol Aliran Pantas

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga akta berkaitan akan dipinda tahun depan bagi membolehkan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast...

CATEGORIES