Friday, April 24, 2026
HomeBERITAFenomena Gerhana Matahari Terpanjang Diramal Berlaku Pada 2027

Fenomena Gerhana Matahari Terpanjang Diramal Berlaku Pada 2027

WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa fenomena gerhana matahari paling lama di abad ini akan berlaku dalam tempoh kurang dua tahun, lapor akhbar Metro UK.

Fenomena tersebut dijangka berlangsung selama 6 minit dan 23 saat pada 2 Ogos 2027.

Penduduk di rantau Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat dapat menyaksikan gerhana matahari yang menyebabkan keadaan menjadi gelap atau mengaburkan sebahagian cahayanya apabila fenomena itu berlaku.

Timbalan Pengarah Eksekutif Royal Astronomical Society, Robert Massey memberitahu bahawa gerhana matahari itu satu peristiwa penting kerana tempohnya.

“Gerhana matahari selama ini jarang berlaku dan ia memerlukan anak bulan yang cukup dekat dengan Bumi untuk menutup matahari dalam tempoh lebih lama daripada biasa.

“Tempoh gerhana berbeza-beza, jika bulan berada lebih jauh, maka saiz bulan kelihatan lebih kecil dan menutupi matahari untuk masa yang singkat,” kata Massey.

Gerhana matahari penuh terpanjang sebelum ini berlangsung selama 7 minit dan 28 saat pada 15 Jun 743 SM.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Bukan Tersungkur, Hanya Tergelincir Ketika Live’ – Norish Karman

0
PETALING JAYA – Pelakon Norish Karman menafikan dakwaan kononnya hidupnya kini ibarat tersungkur, sebaliknya menegaskan segala kontroversi berlaku hanyalah salah faham dan putar belit...

CATEGORIES