Saturday, May 30, 2026
HomeBERITAEksekutif Agensi Kerajaan Kerugian RM385,000 Wang KWSP Akibat Ditipu Dalam Talian

Eksekutif Agensi Kerajaan Kerugian RM385,000 Wang KWSP Akibat Ditipu Dalam Talian

Seorang penolong eksekutif sebuah agensi kerajaan berusia dalam lingkungan 50-an mengalami kerugian RM385,000, selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berdasarkan laporan, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan merupakan individu yang dikehendaki pihak berkuasa.

“Mangsa kemudiannya diarahkan untuk mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa kononnya bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Mohd Farhan berkata, mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah diminta membuat bayaran tambahan.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES