Sunday, June 15, 2025
HomeBERITADua Warga Emas Maut, Rempuh Pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

Dua Warga Emas Maut, Rempuh Pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

SERDANG – Dua lelaki warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.42 pagi.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dua lelaki maut dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.
Dua lelaki maut dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.

 

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES