Thursday, October 1, 2026
HomeBERITADenda RM23,000, 10 Tahun Senarai Hitam Jika Langgar Peraturan Haji

Denda RM23,000, 10 Tahun Senarai Hitam Jika Langgar Peraturan Haji

RIYADH – Riyadh mengumumkan individu yang melanggar peraturan ketika musim haji tahun ini akan berdepan tindakan undang-undang termasuk denda 20,000 riyal (RM23,040) serta dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun, lapor portal berita Hurriyet Daily semalam.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 29 April lalu  selama 44 hari.

Individu yang didapati memasuki kota Mekah atau tempat suci lain tanpa permit akan didenda 20,000 riyal (RM23,040).

Golongan yang membantu individu terbabit pula berdepan denda 97,500 riyal (RM110,242).

Selain itu, warga asing yang cuba menunaikan haji secara haram akan dihalau dan dilarang masuk semula ke negara itu selama 10 tahun.

Kementerian itu meminta jemaah mendapatkan permit haji khusus yang berasingan daripada visa masuk atau lawatan biasa ke Arab Saudi.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zul Huzaimy Sanggup Tambah Duit Sendiri, Jaga Harga Pelakon Otai

0
KUALA LUMPUR – Kekangan bajet menyebabkan pengarah juga aktor, Zul Huzaimy terpaksa mengetepikan rakan seperjuangan dalam kalangan pelakon senior daripada karya arahannya kerana enggan...

CATEGORIES