Thursday, June 11, 2026
HomeBERITADBKL Keluarkan 161 Notis Kompaun Dalam Operasi Bersepadu Halang Siri 5

DBKL Keluarkan 161 Notis Kompaun Dalam Operasi Bersepadu Halang Siri 5

KUALA LUMPUR – Sebanyak 161 notis tawaran kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Halang Siri 5 2024 dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Operasi dilaksanakan DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan.

“Operasi ini memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan yang membuat halangan dan ingkar isyarat lalu lintas.

“Operasi ini tertumpu di sekitar Pusat Bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” ujar DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad malam.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan, sebanyak tujuh kenderaan ditunda dan empat penjaja tanpa kebenaran telah disita serta-merta.

Ujar DBKL, pihak berkuasa tempatan itu akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut https://adukl.dbkl.gov.my/,” tambahnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES