Saturday, September 26, 2026
HomeBERITAImam Maut, Kereta Terbabas Ketika Cuba Elak Helang

Imam Maut, Kereta Terbabas Ketika Cuba Elak Helang

Manjung: Imam masjid yang maut dalam kemalangan di Kilometer 211.8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), arah Utara, dekat Sitiawan, di sini, kelmarin dipercayai terbabas kerana mengelak haiwan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada 4.35 petang.

Menurutnya, mangsa, Nurul Kamal Zulkarnain, 37, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipercayai hilang kawalan kerana mengelak burung helang di atas jalan.

“Kenderaan dinaiki mangsa terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melambung masuk ke dalam kawasan pokok sawit di tepi jalan, sebelah kiri lebuh raya terbabit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di dalam kenderaan, sebelum berjaya dikeluarkan oleh bomba.

“Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Siti Syakilla Azmira Abd Aziz di talian 019-8804450 atau 05-6899072.

Terdahulu media melaporkan, kemalangan terbabit berlaku selepas mangsa melawat isterinya, Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, yang baru melahirkan anak bongsu di Hospital Seri Manjung, dan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menyampai kuliah Maghrib di Masjid Bandar Universiti.

Allahyarham Nurul Kamal meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata iaitu anak lelaki berusia dua tahun, dan dua anak perempuan iaitu seorang berusia empat tahun, dan yang bongsu, berumur dua hari.

Ustaz Nurul Kamal sempat iqamat pada telinga bayinya sebelum ‘dijemput’ Ilahi

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES