Tuesday, February 10, 2026
HomeBERITACovid-19 Di Malaysia Meningkat Sehingga Cecah 20,696 Kes

Covid-19 Di Malaysia Meningkat Sehingga Cecah 20,696 Kes

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 di negara ini bagi tempoh 10 hingga 16 Disember 2023 merekodkan sebanyak 20,696 dengan 28 angka kematian dicatatkan.

Berdasarkan laporan Kosmo, menerusi hantaran infografik dibuat di aplikasi X Covid19 Place yang turut dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly turut memaklumkan jumlah kes aktif sebanyak 28,375 kes.

Daripada jumlah itu, Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jangkitan Covid-19 dengan angka sebanyak 6,449 diikuti Kuala Lumpur (3,357), Melaka (1,589) dan Kedah (1,048).

Bagi negeri Perlis, kes direkodkan sebanyak 115, manakala Pulau Pinang (881), Perak (936), Putrajaya (774), Negeri Sembilan (968) dan Johor (673).

Pahang merekodkan angka sebanyak 772, Terengganu (710), Kelantan (697), Sarawak (631), Labuan (112) dan Sabah (984).

Bilangan pesakit yang dirawat di hospital ialah sebanyak 588 di mana ia menyaksikan pertambahan sebanyak 218 kes.

Pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula seramai 22 orang dan 14 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Trauma, Bila Ibu Diperlakukan Begitu Anak Yang Akan Berdendam’

0
PETALING JAYA – Tragedi hitam menjadi mangsa ekploitasi fizikal yang dilalui ibunya meninggalkan trauma hebat buat pelakon, Puteri Balqis sekali gus sukar menaruh kepercayaan...

CATEGORIES