Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITAChant Ultras Kembali Bergema Demi Maruah Kelab, Negara

Chant Ultras Kembali Bergema Demi Maruah Kelab, Negara

Kumpulan ultras Inter Milan, Curva Nord menggantung sementara siri bantahan kenaikan harga tiket mereka menjelang perlawanan kedua separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, Inter Milan menentang Barcelona pada Rabu.

Kumpulan itu mengesahkan bahawa mereka akan melaungkan sorakan dari minit pertama perlawanan kepada pemain-pemain I Nerazzurri kendalian Simone Inzaghi di Stadium San Siro.

Nord sebelum ini telah mengadakan siri bantahan bersama penyokong-penyokong kelab Serie A Itali itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini sebagai respons kepada kenaikan harga tiket untuk perlawanan Nerazzurri di San Siro.

Tindakan utama diambil Nord adalah berdiam diri selama 20 minit pertama perlawanan Inter yang sememangnya membawa kepada perubahan ketara dalam suasana di stadium.

Kebiasaannya Nord menampilkan laungan dan kebisingan yang paling kuat serta riuh sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, Nord telah membuat keputusan bahawa perlawanan pada Rabu mempunyai kepentingan yang terlalu besar untuk tidak menyokong pasukan dari minit pertama demi maruah Inter Milan dan Itali.

Ekor Inter itu akan tampil dengan kelaziman laungan seperti biasa bermula dari sepak mula dan juga tifo pada permulaan perlawanan.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES