Tuesday, April 14, 2026
HomeBERITABuat Laporan Palsu, Ija Nizaruddin, Tengku Abd Aziz dijel sebulan, denda RM1,500

Buat Laporan Palsu, Ija Nizaruddin, Tengku Abd Aziz dijel sebulan, denda RM1,500

MUAR – Pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah membuat laporan palsu dan bersubahat berhubung kehilangannya Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu.

Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.

Mahkamah memutuskan Ija boleh dipenjara tiga bulan manakala Tengku Aziz enam bulan jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.

Kedua-dua beradik itu berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sumber -KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sayang Anak Remaja Berpada-Pada, Jangan Kecewa Nanti’

0
PETALING JAYA – Bersandarkan pengalaman, pelakon sensasi Abby Abadi berkongsi beberapa kesilapan dalam mendidik serta membesarkan anak yang sedang meningkat remaja. Pada masa sama, Abby...

CATEGORIES