Thursday, June 11, 2026
HomeBERITABot Bawa Pelancong Asing Tanpa Lesen Ditahan APMM

Bot Bawa Pelancong Asing Tanpa Lesen Ditahan APMM

BESUT – Sebuah bot yang sedang membawa lapan pelancong asing tanpa lesen operasi ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Besut dekat sini semalam.

Bot yang dikendalikan seorang penduduk tempatan itu ditahan pada kedudukan kira-kira 20.37 kilometer dari timur laut muara Kula Besut pada pukul 11 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, sewaktu kejadian, bot terbabit sedang dalam perjalanan menghantar pelancong asing terbabit ke Pulau Rawa dari Pulau Perhentian, Kuala Besut.

“Pemeriksaan mendapati bot pelancong terbabit beroperasi dengan lesen tamat tempoh.

“Perbuatan membawa penumpang tanpa lesen operasi dan insurans tanpa tempoh merupakan kesalahan serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, pengendalian bot pelancong tanpa lesen dan insurans sah membahayakan nyawa penumpang sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Tambah beliau, operator bot terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Kita tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan. Saya menyeru pengusaha bot pelancong agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES