Monday, July 27, 2026
HomeBERITABomba Berjaya Selamatkan Tiga Beranak Dalam Kebakaran Apartment

Bomba Berjaya Selamatkan Tiga Beranak Dalam Kebakaran Apartment

KLANG – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri dan anak perempuannya daripada rentung dalam kebakaran di tingkat dua sebuah apartmen di Taman Sentosa awal pagi tadi.

Tiga beranak berusia lapan dan 30an diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.58 pagi.

Katanya, operasi pemadaman dan menyelamat turut melibatkan masing-masing dua buah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Seorang kanak-kanak perempuan diberikan bantuan pernafasan selepas sesak terhidu asap tebal.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya dengan terdapat tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak terperangkap dalam bilik unit kediaman di tingkat dua.

“Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat,” katanya hari ini.

Beliau menambah, mangsa mengalami sesak nafas akibat asap tebal dan diberi bantuan oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Ahmad Mukhlis menjelaskan anggaran kemusnahan adalah 20 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES