Thursday, September 17, 2026
HomeBERITABanjir Kilat Di Mekah Akibat Hujan Lebat

Banjir Kilat Di Mekah Akibat Hujan Lebat

MEKAH – Kota suci Mekah dilanda cuaca ekstrem, menyebabkan sebilangan kawasan ditenggelami air banjir, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan sebahagiannya tenggelam di tengah-tengah hujan lebat.

Sekumpulan lelaki dilihat membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir di kawasan kejiranan Al-Awali, tenggara Mekah.

Dalam sebuah video lain, seorang lelaki dilihat bergegas membantu seorang pemandu penghantaran yang terjatuh dari motosikalnya akibat banjir.

Berbilang kereta dan sebuah bas pelancong pula terkandas di tengah jalan apabila air banjir naik dengan pantas.

Beberapa wilayah Kerajaan Teluk termasuk Mekah dan Madinah yang menarik berjuta-juta jemaah haji setiap tahun, dilanda hujan luar biasa.

Wilayah lain termasuk Riyadh, Al-Baha dan Tabuk sedang bersiap sedia menghadapi kesan cuaca buruk itu, lapor media tempatan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) meramalkan hujan sederhana hingga lebat, ribut petir dan ribut debu sepanjang minggu ini.

Hujan yang jarang berlaku diramal berterusan hingga Rabu (esok), lapor Saudi Press Agency.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES