Tuesday, September 22, 2026
HomeBERITAPotong Lori Punca Nahas Tiga Kenderaan Terbakar

Potong Lori Punca Nahas Tiga Kenderaan Terbakar

KUALA SELANGOR – Tindakan sebuah kenderaan yang cuba memotong sebelum memasuki laluan lori tangki dipercayai menjadi punca kemalangan tiga buah kenderaan lain sehingga terbakar di Kilometer 49.5 Jalan Klang – Teluk Intan di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan empat cedera dan tiga lagi selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati lori tangki tersebut dalam perjalanan ke arah Klang dari Tanjong Karang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran tidak pasti dari lorong kanan cuba memotong dan  memasuki laluan lori tangki.

“Pemandu lori tangki cuba mengelak lalu terbabas dan melanggar kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan kereta jenis Proton Saga yang sedang berhenti di lampu isyarat laluan sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan empat termasuk dua lelaki parah selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan yang terbakar di Jalan Besar Pasir Penambang di sini, semalam.

Insiden tersebut tular menerusi beberapa video di laman sosial dengan salah sebuah kenderaan didapati ‘tersepit’ antara kepala lori dan lori tangki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

0
NAGOYA - Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan...

CATEGORIES