Friday, August 28, 2026
HomeBERITAASEAN Ke-47: Kuala Lumpur ‘Lockdown’, 16,000 Polis Digerakkan

ASEAN Ke-47: Kuala Lumpur ‘Lockdown’, 16,000 Polis Digerakkan

PETALING JAYA – Trafik di pusat Bandar Raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada minggu depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi bermula 23 hingga 28 Oktober.

Susulan itu kata beliau, anggota Polis Diraja Malaysia seluruh negara akan digerakkan bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.

“Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, khususnya dari negeri-negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur bermula 23 Oktober ini.

“Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi perkara berkaitan aspek keselamatan,” katanya.

Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 dan 28 Oktober ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 nanti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid berkenaan masih tertakluk kepada PdPR dan pelajaran dalam talian yang akan dilaksanakan.

“Untuk ASEAN, kita tak boleh tutup (sekolah) tapi, sesi pembelajaran secara dalam talian yang akan dilaksanakan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Banjir Nepal: 400 Pelancong Termasuk 50 Warga Malaysia Hilang, 157 Maut

0
NEPAL - Sekurang-kurangnya 157 mayat ditemui, manakala lebih 400 pelancong dilapor masih hilang selepas runtuhan tebing lumpur dan batu mencetuskan banjir di kawasan sempadan...

CATEGORIES