Saturday, May 30, 2026
HomeBERITAAnggota Polis Dihanyut Arus Tali Air Dijumpai Lemas

Anggota Polis Dihanyut Arus Tali Air Dijumpai Lemas

PASIR SALAK – Anggota polis yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan tali air di Jalan Utama Changkat Lada, Kampung Gajah di sini semalam ditemui mati lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti berusia 39 tahun itu dijumpai oleh pasukan penyelamat pada pukul 4.55 pagi.

Katanya, mayat anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu dijumpai di kawasan tebing pada jarak tiga meter dari pusat kawalan bomba (PKB).

“Mayat mangsa kemudian dinaikkan dengan menggunakan ‘bucket stretcher’ dan ‘webbing’ dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan tali air tersebut bersama rakan-rakannya.

Difahamkan, ketika aktiviti itu, mangsa dikatakan keletihan dan cuba bergerak ke tebing namun dihanyutkan arus deras.

Mangsa dikatakan pulang ke kampungnya untuk bercuti dan sebelum kejadian sempat menghadiri ‘reunion’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES