Monday, May 18, 2026
HomeBERITA52 Bot GSF 2.0 Berisiko Dipintas Di Perairan Cyprus

52 Bot GSF 2.0 Berisiko Dipintas Di Perairan Cyprus

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza kini berdepan risiko besar dipintas pada bila-bila masa sahaja.

Perkongsian tersebut dimuat naik Muhammad Nadir di akaun Instagramnya pada 17 Mei pukul 6.20 petang waktu Istanbul, bersamaan 11.20 malam waktu Malaysia.

Beliau berkata, sebanyak 52 buah bot yang kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus berisiko berdepan tindakan pemintasan oleh pihak Zionis pada malam semalam.

Katanya, situasi itu dianggap antara detik paling kritikal sejak misi tersebut digerakkan bagi memecahkan kepungan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Dalam sekitar empat atau lima jam lagi mungkin risiko pertama yang besar akan berlaku iaitu pemintasan pada malam ini di luar daripada perairan Cyprus kerana bot-bot 52 buah sedang berada di kawasan perairan antarabangsa.

“Sekiranya tidak berlaku, insya-Allah mereka akan terus berlayar menuju ke Gaza dan memecahkan kepungan di sana,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Nadir turut memaklumkan gerakan konvoi darat melibatkan aktivis dari negara-negara Afrika Utara juga kini berdepan cabaran apabila didakwa menerima tekanan daripada pihak berkuasa di timur Libya.

Menurutnya, kumpulan tersebut sedang bergerak dari Maghribi merentasi beberapa negara Afrika Utara menuju ke Rafah, namun berisiko ditahan oleh kerajaan pimpinan Khalifa Haftar di Libya.

“Mereka masih lagi diancam sebagai gerakan teroris dan belum diberi izin untuk melalui sempadan Libya-Mesir.

“Tekanan perlu diberikan supaya mereka dapat melalui sempadan dengan selamat dan meneruskan perjalanan menuju ke Rafah,” ujarnya.

Al-Nuri berkata, misi kali ini bukan hanya tertumpu kepada laluan laut semata-mata, sebaliknya turut melibatkan gerakan darat serta tekanan diplomatik terhadap pemimpin politik dan pembuat dasar antarabangsa.

Katanya, masyarakat dunia perlu memainkan peranan dengan terus mengikuti perkembangan misi tersebut selain menyebarkan maklumat bagi memastikan keselamatan peserta flotila terus mendapat perhatian antarabangsa.

“Kita perlu pastikan mata dunia memandang supaya Israel tidak boleh bertindak sesuka hati mereka.

“Misi kemanusiaan ini tidak sepatutnya dianggap salah dan bantuan mesti disampaikan kepada penduduk di Rafah,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

ARIM Laksana Program Komuniti “Lantera Kasih”, Santuni Lebih 110 Warga Emas...

0
Pengkalan Chepa, Kelantan, 16 Mei 2026 – AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd. (ARIM) hari ini melaksanakan inisiatif jalinan komuniti “Lentera Kasih ARIM” bagi menyantuni...

CATEGORIES