Thursday, October 1, 2026
HomeBERITA5 Penumpang Pesawat Mendarat Cemas Dikelilingi Buaya Selama 36 Jam

5 Penumpang Pesawat Mendarat Cemas Dikelilingi Buaya Selama 36 Jam

SUCRE – Penumpang pesawat ini berdepan detik cemas seperti dalam filem aksi.

Kejadian mengerikan itu menimpa lima penumpang termasuk seorang kanak-kanak selepas pesawat dinaiki mereka mendarat cemas di hutan Amazon di Bolivia pada minggu lalu.

Kesemua mereka terpaksa bertahan di atas bumbung pesawat kecil itu yang mendarat di atas kawasan paya dikelilingi buaya selama 36 jam.

BBC melaporkan pesawat itu hilang dari radar selama 48 jam sebelum ia ditemui nelayan di kawasan terpencil tersebut.

Juruterbang, Andres Belarde, 29, berkata, pesawat kendaliannya mengalami kegagalan enjin ketika dalam perjalanan dari Baures ke Trinidad dan memaksa ia mendarat berhampiran Sungai Itanomas.

“Kami hanya makan tepung ubi kayu yang dibawa salah seorang penumpang dan tidak berani mahu turun untuk meminum air kerana bimbang dibaham buaya,” katanya.

Belarde juga percaya kebocoran minyak enjin di paya itu sedikit sebanyak telah ‘melindungi’ mereka daripada ancaman haiwan buas termasuk anakonda yang dilihat di kawasan berhampiran.

Mereka akhirnya berjaya diselamatkan oleh sebuah helikopter dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES