Friday, May 1, 2026
HomeLUAR NEGARASampul Surat 'Kayangan', Berharga RM580 Sehelai

Sampul Surat ‘Kayangan’, Berharga RM580 Sehelai

PARIS – Jenama mewah Perancis, Hermes International memperkenalkan sampul surat berharga AS$125(RM580) sehelai, lapor laman berita Wion News semalam.

Sampul surat itu dibuat di Perancis dan boleh digunakan berulang kali. Ia dibalut sutera dan merupakan sebahagian daripada koleksi alat tulis mewah Hermes selain buku nota dan pen.

“Dibalut dengan sutera, boleh digunakan semula dan didatangkan dalam dua saiz berbeza (A4 dan A5), sampul ini boleh digunakan untuk menghantar jemputan khas atau meluahkan rasa cinta.

“Cara tahan lama untuk menjadikan hidup anda sebagai kenangan terindah,” demikian keterangan produk itu di laman web Hermes.

Terdapat beberapa reka bentuk sampul surat itu dengan Hermes memberitahu, corak dan warna produk yang dibeli pelanggan akan menjadi kejutan.

Hermes turut menjual pemberat kertas model Samarcande pada harga AS$2,950 (RM13,702).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES