GEORGE TOWN, 28 September- Penduduk Blok 4E Bandar Baru Air Itam hari ini dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang sudah tidak bernyawa dalam tong sampah.
Mayat yang cukup sifat itu ditemukan oleh pekerja pembersihan sekitar pukul 10.25 pagi tadi ketika rutin mengutip sampah di kawasan perumahan berkenaan.
Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis.
Bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan jasadnya.
Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan susulan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan terbabit.
Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.





