Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURANTiket Konsert BigBang Licin Dalam 25 Minit, Penganjur Pertimbang Tambah Hari

Tiket Konsert BigBang Licin Dalam 25 Minit, Penganjur Pertimbang Tambah Hari

KUALA LUMPUR – Tiket konsert kumpulan K-pop terkenal, BigBang yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) habis terjual dalam tempoh hanya 25 minit 31 saat.

Ia sekali gus mencetuskan kehangatan dalam kalangan peminat yang teruja menyaksikan kemunculan semula ikon daripada Korea Selatan itu di Malaysia selepas 11 tahun.

Persembahan itu adalah sebahagian daripada jelajah BigBang 2026–2027 World Tour itu dijadualkan berlangsung pada 9 Januari depan.

Konsert jelajah ini dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 kumpulan berkenaan, susulan pelancaran single kemunculan semula mereka bertajuk BiiiG pada 19 Ogos lalu.

Penganjur acara, iMe Malaysia memaklumkan bahawa jualan pra-tempah kategori VIP pada 17 September lalu telah licin dalam tempoh 90 minit, manakala jualan dibuka kepada umum pada 22 September pula menyaksikan kesemua tiket habis dijual dalam masa kurang setengah jam.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang luar biasa, selain mengesahkan bahawa perbincangan kini sedang dijalankan bagi mempertimbangkan kemungkinan menambah persembahan untuk hari kedua.

BigBang kumpulan penyanyi lelaki ditubuhkan oleh YG Entertainment sekitar 2011. Kumpulan ini kini dianggotai oleh tiga ahli iaitu G-Dragon, Taeyang, dan Daesung.

Pada asalnya, BigBang dibentuk sebagai kumpulan lima anggota; namun Seungri bersara daripada industri hiburan pada Mac 2019 dan T.O.P meninggalkan kumpulan berkenaan pada Mei 2023.

Gelaran “Kings of K-pop” sering diberikan kepada mereka kerana peranan besar mereka dalam menyemarakkan Gelombang Korea (Hallyu) di peringkat antarabangsa, selain diiktiraf antara penggiat seni paling berpengaruh dalam sejarah K-pop.

Kumpulan ini cukup terkenal dengan eksperimentasi muzik yang mencetuskan trend, kebolehan menghasilkan lagu sendiri, serta aksi pentas yang memukau.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Di Korea Selatan Lagi Teruk Kalau ‘Idol’ Mereka Berisi Sikit’ –...

0
KUALA LUMPUR – Budaya mengejek tubuh badan kian meruncing, penyanyi Sarah Suhairi berpendapat isu tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan kritikan umum selain berharap masyarakat...

CATEGORIES