Thursday, November 12, 2026
HomeHIBURANBuatlah 'Background Check' ,Pesan Sarah Suhairi Kepada Gadis Cari Pasangan

Buatlah ‘Background Check’ ,Pesan Sarah Suhairi Kepada Gadis Cari Pasangan

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sarah Suhairi bersetuju bahawa penting untuk mengenali latar belakang dan sejarah hidup bakal suami atau pasangan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sarah, 26, berkata, usaha mengenal pasti sama ada seseorang lelaki mempunyai ciri-ciri narsistik seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini bukanlah perkara mudah.

Bagaimanapun, Sarah bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan rumah tangga bahagia.

“Untuk saya menggambarkan seseorang itu narsistik atau tidak, agak sukar kerana saya bukan dalam bidang profesional berkenaan. Tetapi, sekarang ini di Threads terlalu banyak orang membincangkan mengenai narsisis dan sebagainya.

“Mungkin ada yang boleh mendapatkan pandangan profesional mengenai ciri-ciri individu narsistik yang perlu kita elak.

“Bagi saya, apabila berkahwin, sudah tentu sedikit sebanyak kita mahu mengetahui latar belakang seseorang. Bukan untuk menghakimi, tetapi memahami pengalaman yang membentuk peribadi individu itu,” katanya.

Sarah yang ditemui pada majlis pelancaran dan sesi prapendengaran eksklusif EP terbaharunya, Selesai di sini, malam tadi, bersyukur dikurniakan rumah tangga bahagia.

“Bagi saya, bagus untuk kita sentiasa berwaspada. Alhamdulillah, setakat ini rumah tangga kami sangat baik dan bahagia.

“Saya tidak letak sebarang penanda aras kerana apabila terlalu banyak perkara dibincangkan di media sosial, kita secara tidak langsung mula menetapkan ciri-ciri tertentu mengenai lelaki.

“Cukuplah kita tahu apa yang wajib disediakan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jangan pula terlalu memilih perkara remeh seperti tidak suka lelaki yang bermain bola sepak setiap malam. Jadi, janganlah mencari pasangan berdasarkan perkara sebegitu,” katanya.

Bagi Sarah, perkara lebih penting adalah mencari titik persefahaman sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Kita perlu mencari titik tengah mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebelum berkahwin, tanyalah soalan penting kerana kita dibesarkan dalam keluarga berbeza dan masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri.

“Saya faham ketakutan itu wujud dalam kalangan wanita, terutama apabila membabitkan perceraian yang prosesnya boleh menjadi panjang walaupun wanita juga mempunyai hak untuk memohonnya.

“Jadi, tidak mengapa untuk melakukan pemeriksaan latar belakang (background check). Lakukanlah apa saja yang boleh membuatkan kita berasa selamat. Jika sudah yakin dan selesa, barulah teruskan,” katanya.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Aswad Anuar pada Julai 2024 di Beranang Hill, Hulu Langat.

Dalam perkembangan lain, juara program realiti nyanyian Astro, Big Stage musim kedua pada 2018 itu tampil dengan EP terbaharu berjudul Selesai yang menghimpunkan lima lagu iaitu Busy Ke?, Tak Perlu Rasa, Paling Indah, Waktu Yang Salah dan Cinta Berlalu.

Menggabungkan elemen pop, melodi romantis dan balada sarat emosi, Selesai menjadi refleksi kepada pelbagai fasa kehidupan yang mungkin pernah dilalui setiap individu.

EP berkenaan boleh didengarkan menerusi semua platform penstriman muzik digital mulai 13 November ini.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sepanyol Desak TikTok Gantung Operasi Susulan Penyebaran Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak

0
MADRID – Kerajaan Sepanyol mendesak platform media sosial TikTok supaya menggantung operasinya di negara itu sehingga kandungan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak di platform berkenaan...

CATEGORIES