Friday, November 6, 2026
HomeBERITATawar Khidmat Seks, Wanita Warga China Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

Tawar Khidmat Seks, Wanita Warga China Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

TAWAU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM4,000 terhadap seorang wanita warga China yang mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki.

Tertuduh, Zhang Hong, 31, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil pengakuan bersalah tertuduh, selain hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada 4 November lalu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati mencari langganan bagi maksud persundalan dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis pada 10.05 malam, di sebuah pusat terapi di daerah ini, Rabu lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman diringankan, tertuduh memaklumkan dia sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.

Katanya, anak perempuannya kini dijaga oleh neneknya.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Jeffrey Kadisun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Beliau turut memohon supaya barang kes dilupuskan, manakala wang tunai RM700 yang dirampas dilucut hak kepada kerajaan melalui Perbendaharaan serta tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Mahkamah kemudian turut memerintahkan barang kes dilupuskan dan wang tunai RM700 dilucut hak kepada kerajaan melalui Perbendaharaan, serta tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes wanita itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis terapi selepas seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan dan ditawarkan khidmat seks dengan bayaran RM700.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TF Value-Mart Labur RM20 Juta Perluas 20 Cawangan TF Borong

0
PETALING JAYA – TF Value-Mart memperuntukkan pelaburan lebih RM20 juta bagi memperluas perniagaan borong dan perkhidmatan makanan menerusi TF Borong, dengan sasaran membuka 20...

CATEGORIES