Friday, October 30, 2026
HomeBERITAKerajaan Pertimbang Had Pergerakan Pelarian Rohingya Di Malaysia - Zahid

Kerajaan Pertimbang Had Pergerakan Pelarian Rohingya Di Malaysia – Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti kesesuaian pelaksanaan kawalan pergerakan terhadap pelarian Rohingya di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata ketetapan berhubung pelaksanaan itu mengambil kira kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara serta hak asasi manusia.

Selain itu, katanya, proses pendataan komuniti pelarian Rohingya di seluruh negara kini di fasa pertama membabitkan individu dalam Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) itu dijangka beralih ke fasa kedua dalam tempoh terdekat.

“Pelaksanaan fasa kedua DPP ini akan memfokuskan kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di luar DTI.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan sedang giat melaksanakan sesi libat urus bagi tujuan berkenaan.

“Libat urus diadakan bagi bagi mendapatkan maklum balas serta merancang tindakan yang bersesuaian bagi menyelaras isu membabitkan golongan ini di negara ini,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai status komuniti Rohingya, termasuk jumlah dikenal pasti, dokumentasi serta pendekatan strategik mengatasi isu berkenaan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PU Riz Ambil Tindakan Undang-Undang, Tuntut Pampasan RM1 Juta

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun media sosial, Nurazian Abdul Talib...

CATEGORIES