Friday, October 30, 2026
HomePERNIAGAANCIMB Islamic Memperkasa 2,000 Asnaf Menerusi Pusat Tuisyen Madani

CIMB Islamic Memperkasa 2,000 Asnaf Menerusi Pusat Tuisyen Madani

PETALING JAYA – CIMB Islamic Bank Berhad dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu telah memperkasa hampir 2,000 pelajar Tingkatan 5 daripada komuniti asnaf dan kurang berkemampuan dari 50 sekolah di Semenanjung, menerusi program Pusat Tuisyen Madani.

Program berkenaan membantu pelajar lebih bersedia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia, meningkatkan keyakinan pembelajaran dan akses terhadap sokongan akademik.

Bermula Mac dan berakhir pada Oktober 2026, ia memberi penekanan terhadap tiga subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Dengan sumbangan keseluruhan kira-kira RM700,000 daripada Zakat Wakalah dan dana inisiatif tanggungjawab korporat Islam CIMB Islamic, inisiatif ini menyediakan tuisyen dua kali sebulan selama lapan bulan, dikendalikan oleh 150 tenaga pengajar, serta dilengkapi bahan-bahan mengajar, makanan dan kemudahan pembelajaran yang ditambah baik.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd. Shariff berkata, pihaknya percaya bahawa kemajuan berlaku apabila setiap individu diberikan peluang untuk merealisasikan potensi walau apa jua keadaan yang dihadapi.

“Selari dengan matlamat CIMB dalam memperkasakan pelanggan dan masyarakat atau Advancing Customers and Society, kami menyahut Program GEAR-uP yang diteraju kerajaan bagi menaikkan lantai untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan menerusi akses lebih luas terhadap pendidikan berkualiti dan mencipta laluan untuk mobiliti sosial jangka panjang.

“Yang paling penting, inisiatif ini ialah tentang mencipta peluang inklusif, membolehkan individu dan komuniti berkembang seterusnya dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program itu adalah sebahagian daripada komitmen CIMB Group yang lebih luas terhadap pembangunan pendidikan menerusi GEAR-uP di bawah di bawah GLC Demi Rakyat dan Negara.

Setakat ini, CIMB Group telah menyumbang lebih RM2.16 juta terhadap inisiatif berteraskan pendidikan dan memanfaatkan lebih 4,000 pelajar di seluruh negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PU Riz Ambil Tindakan Undang-Undang, Tuntut Pampasan RM1 Juta

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun media sosial, Nurazian Abdul Talib...

CATEGORIES