Thursday, October 29, 2026
HomeHIBURAN“Ada Kakak Pun Tak Guna...” - Elisya Sandha

“Ada Kakak Pun Tak Guna…” – Elisya Sandha

Pelakon, Elisya Sandha menyorot perhatian netizen selepas berkongsi luahan hatinya di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Elisya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap individu yang didakwa menggunakan kedudukan sebagai kakak untuk berkata sesuka hati sehingga mengguris perasaan orang lain.

“I ni sebenarnya jaranglah nak tulis-tulis macam ni, tapi hati ni dah sakit sangat. Memang kalau jadi adik kena mengalah, ya? You fikir you kakak, you bolehlah nak cakap apa you nak cakap sampai sakitkan hati orang?

“Ada kakak pun tak guna lah macam ni!” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai perkara sebenar di sebalik luahan berkenaan.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat hantaran itu mungkin mempunyai kaitan dengan strategi pemasaran drama terbaharu, memandangkan kandungannya seolah-olah menggambarkan konflik antara adik-beradik.

“Ni drama episode berapa? Nk tgk kakak tu cakap apa!

“Antara ramai adik-veradik artis, I paling susah nak percaya you and Fasha akan bergaduh. So cepaltlah bagitahu yang ni teaser utk next drama je kannn?

“Bagitau jeee laa drama apa pulak nak keluar ni…. kita orang tak cayeeee

“Drama tajuk dia apa? Siapa pegang character kakak dalam drama ni? 😀

“Reveal je tajuk drama baru apa dan bila keluar? insyaAllah ada je org nak support tu ,” komen netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bukan Semua Orang Suka Kita’ – Nadhir Nasar Tak Kisah Dikecam...

0
KUALA LUMPUR – “Saya tak kisah langsung.” Demikian komen pelakon Nadhir Nasar apabila ada yang mendakwa penampilannya kelihatan ‘masam’ dan nampak seolah-olah seperti tidak mandi. Nadhir...

CATEGORIES