Thursday, October 22, 2026
HomeLUAR NEGARA1 Maut, Lapan Cedera Serangan Di Lapangan Terbang Arab Saudi

1 Maut, Lapan Cedera Serangan Di Lapangan Terbang Arab Saudi

ISTANBUL – Seorang maut, manakala lapan yang lain cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, timur Arab Saudi semalam, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA), mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan keadaan mereka cedera ringan atau parah.

Serangan itu juga menyebabkan kerosakan material yang masih dinilai pihak berkuasa.

Bagaimanapun pihak berkuasa berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai serangan tersebut.

Awal Rabu, Kementerian Tenaga Arab Saudi memaklumkan dua terbunuh, manakala dua lagi cedera akibat serpihan yang jatuh selepas pertahanan udara memintas dron yang menyasarkan kemudahan Aramco di medan minyak Shaybah di Wilayah Timur.

Serpihan itu menyebabkan kebakaran kenderaan kontraktor namun operasi di medan minyak tidak terjejas, menurut kementerian tersebut.

Gabungan diketuai Arab Saudi turut mengumumkan pada Rabu, ia memintas dan memusnahkan lima dron yang dilancarkan ke arah kerajaan itu termasuk di Wilayah Timur dan Madinah.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd sebelum ini diserang pada 11 Oktober yang membawa kepada penilaian kerosakan dan pemeriksaan keselamatan.

Insiden berlaku di tengah-tengah permusuhan yang semakin meningkat antara kumpulan Houthi Yaman dengan gabungan pimpinan Arab Saudi termasuk serangan yang menyasarkan lapangan terbang Saudi dan kemudahan tenaga.

Sumber — BERNAMA-ANADOLU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jangan Ketepi Pelakon Veteran, Mereka Dah Lama Berkorban’ – Josiah Hogan

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Josiah Hogan meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir penggiat seni seolah-olah kurang menghargai artis veteran, meskipun mereka sudah bertahun-tahun menabur...

CATEGORIES