Wednesday, October 21, 2026
HomeBERITAKapal Tangki Minyak Meletup Di Selat Hormuz Selepas Terlanggar Periuk Api Laut

Kapal Tangki Minyak Meletup Di Selat Hormuz Selepas Terlanggar Periuk Api Laut

TEHRAN – Sebuah kapal tangki minyak yang melanggar peraturan dilaporkan meletup selepas terkena periuk api laut di selatan Selat Hormuz, beberapa jam sebelum Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan kejadian itu pada awal Isnin, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran berita rasmi IRGC, Sepah News, tentera laut itu memaklumkan letupan berkenaan menyebabkan kebakaran di bilik enjin kapal tangki minyak berkenaan.

IRGC berkat, kapal berkenaan mematikan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem navigasinya serta cuba keluar dari selat itu tanpa mengendahkan peraturan dengan menggunakan laluan yang tidak dibenarkan di bahagian selatan laluan air berkenaan.

Tentera Laut IRGC menegaskan bahawa kapal yang melalui Selat Hormuz dan perairan sekitarnya akan dikenakan tindakan keras dan tegas sekiranya mematikan sistem navigasi dan pengenalan masing-masing.

Sepanjang minggu lalu, tentera laut itu melaporkan beberapa kapal tangki minyak yang melanggar peraturan meletup selepas terlanggar periuk api laut ketika cuba melalui Selat Hormuz.

Tentera laut itu mendakwa mempunyai kawalan dan penguasaan penuh terhadap perairan timur selat berkenaan, Teluk Oman dan Laut Arab, selain menyedari risiko pelayaran kapal di kawasan larangan.

Iran memperketat kawalannya terhadap selat itu pada 28 Februari dengan melarang laluan selamat bagi kapal milik atau yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat susulan serangan bersama kedua-dua pihak ke atas wilayah Iran.

Sumber – BERNAMA-XINHUA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Harap Ada Rezeki, Saya Teringin Berlakon Filem Aksi’ – Redza Rosli

0
SELEPAS sekian lama mengukuhkan nama menerusi drama televisyen, pelakon Redza Rosli menyimpan impian untuk mengembangkan kerjaya ke layar perak bagi membuktikan kemampuan lakonannya dalam...

CATEGORIES