Tuesday, October 20, 2026
HomeBERITAKanak-Kanak, Warga Emas, Pesara, OKU Dapat Diskaun 50 Peratus

Kanak-Kanak, Warga Emas, Pesara, OKU Dapat Diskaun 50 Peratus

GOMBAK – Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, Jemaah Menteri meluluskan pemberian diskaun tersebut sebagai sebahagian daripada pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat.

Menurut beliau, pelajar berusia 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun sebanyak 40 peratus bagi perjalanan menggunakan perkhidmatan ECRL.

Katanya, inisiatif itu bertujuan memperluas akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan, selain memastikan manfaat pembangunan infrastruktur rel dapat dinikmati oleh pelbagai kumpulan masyarakat.

“Insentif ini bertujuan memastikan manfaat ECRL dapat dinikmati secara lebih meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus meningkatkan akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan,” katanya pada sidang akhbar kadar tambang ECRL di Stesen ECRL di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ini Bukan Soal Saya Tetapi Periuk Nasi Hampir 500 Dari Pekerja’...

0
KUALA LUMPUR - “Ini bukan soal saya seorang, tetapi membabitkan periuk nasi hampir 500 pekerja,” tegas usahawan fesyen, Christy Ng. Beliau yang juga pempengaruh media...

CATEGORIES