Tuesday, October 13, 2026
HomeBERITA202,829 MyKad Baharu Dikeluarkan Dalam Tempoh 25 Hari

202,829 MyKad Baharu Dikeluarkan Dalam Tempoh 25 Hari

GUA MUSANG – Sebanyak 202,829 keping MyKad Generasi Baharu dikeluarkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 17 September hingga 11 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias berkata, berdasarkan rekod Sistem Bersepadu Identiti Pintar (SIIS), jumlah pengeluaran itu meningkat sebanyak 33,483 keping atau kira-kira 19.8 peratus kepada 169,346 keping setakat 6 Oktober.

“MyKad Generasi Baharu bukan sekadar menampilkan perubahan rupa, malah memperkukuh keselamatan identiti melalui 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelum ini.

“Penambahbaikan itu bertujuan memperkukuh integriti dokumen serta mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan identiti,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 peringkat Kelantan di Pos Balar di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah permohonan MyKad pada September lepas turut meningkat 25 peratus berbanding Ogos tahun sama.

Katanya, lima negeri dan wilayah yang merekodkan pengeluaran tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 24,006 keping, diikuti Johor (21,448 keping), Sarawak (19,069 keping), Selangor (16,959 keping), Sabah (16,814 keping) dan Kelantan (9,722 keping).

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, Pemegang MyKad sedia ada tidak perlu tergesa-gesa menukar kad pengenalan kepada versi baharu kerana kad lama masih boleh digunakan untuk urusan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan BUDI MADANI selagi cip berfungsi.

Beliau berkata pengenalan MyKad baharu tidak mewajibkan orang ramai menukar kad pengenalan masing-masing dengan segera, terutama jika kad sedia ada masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan seperti biasa.

“Sekiranya tidak berlaku kerosakan cip, boleh menuntut STR, isi minyak dan menggunakan Budi Madani. Orang awam tidak perlu datang ke JPN untuk menukar kad,” katanya.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kami Sepakat Untuk Tarik Diri, Tidak Perlu Undi Saya – Siti...

0
PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat...

CATEGORIES