Monday, November 9, 2026
HomeBERITAAirAsia Rai Kejayaan Di Peringkat Antarabangsa, Tawar Diskaun 27 Peratus

AirAsia Rai Kejayaan Di Peringkat Antarabangsa, Tawar Diskaun 27 Peratus

SEPANG – AirAsia menawarkan diskaun sehingga 27 peratus bagi tambang asas semua tempat duduk dan penerbangan sempena kejayaannya meraih gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-17 berturut-turut.

AirAsia menawarkan diskaun sehingga 27 peratus bagi semua tempat duduk dan penerbangan sempena meraikan kejayaan di peringkat antarabangsa.

Menurut AirAsia, promosi itu boleh ditempah sehingga 27 September 2026 bagi perjalanan dari sekarang hingga 31 Ogos 2027 melalui aplikasi AirAsia MOVE.

Penumpang turut ditawarkan pengecualian yuran perubahan penerbangan sebanyak sekali. Bagaimanapun, perbezaan tambang mungkin dikenakan jika mereka menukar rancangan perjalanan.

AirAsia menawarkan diskaun Value Pack sehingga 30 peratus bagi tempoh promosi terhad.

Selain itu, AirAsia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi Value Pack, yang merangkumi keperluan perjalanan seperti bagasi daftar masuk, hidangan dan pilihan tempat duduk.

Diskaun 27 peratus tersebut hanya dikenakan pada tambang asas perjalanan sehala. Caj perkhidmatan penumpang, surcaj bahan api dan caj lain yang berkaitan tidak termasuk dalam promosi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES