Wednesday, September 16, 2026
HomeHIBURANSokong Penyanyi Muda Suntik Nafas Baharu Irama Warisan - Noraniza Idris

Sokong Penyanyi Muda Suntik Nafas Baharu Irama Warisan – Noraniza Idris

Kuala Lumpur – Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris teruja melihat genre Irama Malaysia dan Etnik Kreatif kembali mendapat tempat serta diberi nafas baharu oleh penyanyi generasi muda, termasuk Afieq Shazwan.

Noraniza, 58, berkata pembabitan artis muda lelaki mempersembahkan genre itu menunjukkan ikatan warisan khazanah muzik tanah air terus berkesinambungan dan tidak luput ditelan zaman.

“Irama Malaysia satu payung besar yang menaungi pelbagai subgenre seperti pop etnik, pop tradisional dan pelbagai variasi muzik tradisional yang lain. Genre ini bukanlah milik Noraniza Idris seorang atau kelompok tertentu sahaja, sebaliknya milik bersama.

“Sekiranya generasi baharu tidak menyambung warisan ini, ikatan itu akan terputus dan tidak dapat dipanjangkan kepada generasi pelapis yang akan datang,” katanya

Mengulas mengenai pendekatan artis muda yang mula merakamkan lagu berunsur etnik, penyanyi lagu Dikir Puteri ini beranggapan mereka adalah pewaris ekosistem muzik yang membawa identiti mengikut acuan sendiri.

“Saya menganggap artis-artis muda ini sebagai pewaris yang membawa nafas baharu mengikut acuan generasi mereka. Mereka tidak perlu menggantikan sesiapa, cukuplah dengan membawa identiti sendiri.

“Namun pada masa sama, mereka perlu memahami akar dan asas muzik yang dibawakan sebelum menyanyikannya,” katanya.

Tambah Noraniza, Irama Malaysia bukan sekadar produk hiburan komersial, malah menyemat nilai pendidikan, peradaban dan nilai akademik yang mendalam.

Justeru, pembabitan nama-nama muda berpotensi besar menarik minat pengikut dan peminat tegar mereka untuk secara tidak langsung kembali mengenali serta mencintai irama warisan negara.

Terdahulu, Noraniza turut meninggalkan komen positif di Threads selepas syarikat rakaman FMC Music memuat naik teaser video muzik lagu berjudul Kepak Kepuk nyanyian Afieq Shazwan.

“Tahniah. Ramaikan lagi artis baharu lelaki yang boleh bawa genre Irama Malaysia,” tulisnya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES