Tuesday, November 10, 2026
HomeHIBURANSyed Saddiq, Bella 'Berguru' Soal Perkahwinan Dengan Wan Azizah

Syed Saddiq, Bella ‘Berguru’ Soal Perkahwinan Dengan Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah meluangkan masa hampir dua jam bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mendapatkan nasihat mengenai alam perkahwinan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq berkata, beliau memilih isteri Perdana Menteri itu sebagai tempat meminta pandangan kerana mengagumi pengorbanan dan kesetiaannya terhadap keluarga.

“Hampir dua jam saya dan Bella ‘berguru’ bab perkahwinan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Kalau hendak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah hendak lawan beliau,” tulisnya.

Menurut Syed Saddiq, Wan Azizah bukan sahaja memahami selok-belok dunia politik, malah mengetahui besarnya pengorbanan sebagai seorang isteri dan ibu.

Katanya, meskipun berdepan pelbagai keadaan sukar, Wan Azizah tetap teguh dan setia bersama keluarganya.

Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa kunjungan tersebut bukan berkaitan urusan politik atau mesyuarat Kabinet, sebaliknya mereka hadir untuk membawa kad perkahwinan.

“Kali ini datang bukan untuk mesyuarat Kabinet, tetapi saya dan Bella datang membawa kad kahwin,” katanya secara berseloroh.

Beliau turut berterima kasih kepada Wan Azizah atas segala nasihat, cerita dan pesanan yang disampaikan sepanjang pertemuan tersebut.

“Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

0
PETALING JAYA – Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya. Penghargaan itu dizahirkan...

CATEGORIES