Wednesday, September 9, 2026
HomeBERITAKerajaan Hantar Pakar DNA Bantu Cam Rakyat Malaysia Di Nepal

Kerajaan Hantar Pakar DNA Bantu Cam Rakyat Malaysia Di Nepal

PUTRAJAYA – Malaysia menghantar pasukan pakar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ke Nepal bagi membantu proses pengecaman mangsa rakyat negara ini yang terlibat dalam bencana di negara terbabit.

Jurucakap kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, pasukan berkenaan akan membantu pihak berkuasa Nepal mengenal pasti mangsa melalui analisis dan padanan DNA.

“Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai penghantaran pasukan pakar DNA dari Malaysia ke Nepal untuk membantu proses pengecaman mangsa-mangsa dari Malaysia akibat bencana di negara tersebut,” katanya.

Katanya, sebarang maklumat lanjut mengenai operasi tersebut boleh dirujuk kepada Kementerian Luar yang menyelaras urusan melibatkan rakyat Malaysia di luar negara.

Fahmi berkata, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan dan nasib rakyat Malaysia yang terjejas bencana terus diberi perhatian.

Setakat ini, seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan bencana itu.

Media melaporkan, angkat maut kini mencecah 1,003, manakala 4,462 lagi dilaporkan masih hilang dengan jangkaan jumlah kematian meningkat apabila lebih banyak mayat ditemukan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

“Yang Bertuan Pun Boleh Menggila, Apatah Yang Liar” – Farahdhiya Harap...

0
Penyanyi, Farahdhiya meluahkan rasa simpati terhadap seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan diserang anjing liar baru-baru ini. Menerusi perkongsian di platform Threads, Farahdhiya mendoakan...

CATEGORIES