Tuesday, September 1, 2026
HomeBERITAGardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Rakan Strategik Kementerian Komunikasi Sempena Sambutan Hari...

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Rakan Strategik Kementerian Komunikasi Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. Penglibatan Gardenia dalam sambutan penuh bermakna ini turut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda negara serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bersempena dengan ini Gardenia turut memperkenalkan produk baharu daripada rangkaian Original Classic sedia ada iaitu Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g. Produk baharu ini diperkenalkan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam kategori roti menerusi penambahan variasi roti susu dengan kepingan tebal. Ia juga diperkaya dengan tekstur yang lembut dan pengguna dapat menikmati roti dengan pengalaman yang lebih memuaskan bermula daripada suapan pertama. Roti ini bukan hanya mengekalkan identiti Original Classic “Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja”, malah ia juga sesuai untuk menghasilkan pelbagai resipi yang lazat, menjadikannya pilihan yang versatil untuk dinikmati pada setiap waktu hidangan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen pada majlis perarakan hari kemerdekaan ini, Gardenia turut menyumbangkan pelbagai produk roti Gardenia dan barangan cenderahati eksklusif kepada para pengunjung. Sebanyak 5,000 unit cenderahati eksklusif berupa kipas tangan dan tidak ketinggalan produk-produk Gardenia yang lain dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 turut diedarkan.

Pada majlis Pra-pelancaran Sambutan Merdeka yang diadakan pada 12 Ogos 2026 yang lalu, Gardenia juga turut mengedarkan sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme untuk memberi peluang kepada orang awam merasai keenakan roti susu tersebut. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Gardenia untuk berkongsi kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 serta mendekatkan jenama dengan masyarakat melalui pengalaman yang lebih bermakna.

Selain itu, Gardenia turut membuka tapak jualan khas yang terletak di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya sepanjang sambutan berlangsung. Gardenia menawarkan sebanyak 1,000 pek kombo jualan dengan promosi istimewa pada harga serendah RM10, yang menggabungkan pelbagai produk roti Gardenia termasuklah roti terbaharu Roti Susu Original Classic Supreme di samping menyediakan pelbagai aktiviti interaktif dan menarik yang sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga, sekali gus menambah kemeriahan sambutan sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Penyertaan Gardenia sebagai Rakan Strategik mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan serta menyumbang kepada kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Melalui penglibatan ini, Gardenia berharap dapat terus bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mewujudkan pengalaman sambutan yang bermakna untuk seisi keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah...

0
KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat...

CATEGORIES