Friday, August 14, 2026
HomeHIBURANBertembung Dengan AJL40, Konsert The Rayhan Ditunda 31 Oktober

Bertembung Dengan AJL40, Konsert The Rayhan Ditunda 31 Oktober

KUALA LUMPUR – Konsert The Rayhan Syukur 26 yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena Sabtu ini ditunda kepada 31 Oktober di lokasi yang sama atas beberapa faktor.

Menurut penganjur acara dari Bintang Baru Event dan Magnificent G Ventures, Ikhram Zainuddin, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya pertembungan dengan konsert lain serta Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

“Kami menerima banyak permintaan daripada peminat supaya tarikh konsert dianjakkan berikutan pertindihan dengan beberapa acara lain.

“Selepas berbincang, kita membuat keputusan tidak mahu terkejar-kejar dengan beri laluan kepada konsert lain dan pada masa sama mempunyai ruang mencukupi untuk berlatih serta membuat persiapan.

“Kami tidak mahu The Rayhan yang baru sahaja kembali bersama selepas sekian lama tidak mengadakan persembahan berskala besar, tampil dalam keadaan tergesa-gesa.

“Kita nak buat persediaan rapi berikutan The Rayhan baru ‘comeback’ dan perlukan latihan kerana mahu memberikan sesuatu yang mengimbau kenangan serta persembahan terbaik kepada semua,” katanya ketika ditemui di majlis Doa Selamat Rayhan Syukur 26, di sini, kelmarin.

Ikhram juga menyangkal dakwaan kononnya jualan tiket tidak mendapat sambutan sehingga menjadi punca utama konsert ini ditunda.

“Bila kita umum tunda, ramai yang membuat spekulasi kononnya tiket tak laku. Tetapi sebenarnya tiket sudah terjual lebih 50 peratus,” jelasnya.

Sementara itu, vokalis utama The Rayhan, Nazrey Johani berkata, dia lega dengan penangguhan terbabit kerana memberikan lebih banyak masa untuk mereka membuat persediaan.

“Saya sudah hampir 20 tahun tidak mengadakan konsert besar. Alhamdulillah, saya rasa lagi bagus dan lebih selesa apabila konsert ini ditangguhkan kerana masa untuk persediaan dan latihan lebih banyak,” ujarnya.

The Rayhan merupakan kumpulan nasyid baharu yang ditubuhkan tahun ini menampilkan bekas penyanyi kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani, Amran Ibrahim dan Afad.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Artis Perlu Latih Diri Luaskan Pengetahuan Am, Undang-Undang Dikenakan Sama Rata

0
PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Aziz M Osman mengingatkan penggiat seni supaya tidak mengambil mudah soal percukaian, sebaliknya melengkapkan diri dengan pengetahuan am...

CATEGORIES