Saturday, August 8, 2026
HomeHIBURAN‘Mungkin Mereka Terlebih Selesa, Rasa Terlajak Popular’

‘Mungkin Mereka Terlebih Selesa, Rasa Terlajak Popular’

PETALING JAYA – Kecoh isu artis datang lewat ke lokasi penggambaran, aktres Lisdawati berpendapat sikap tidak berdisiplin segelintir pelakon berpunca daripada perasaan terlalu selesa dan berasakan diri sudah berada di puncak populariti.

Ujar Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 48, disiplin menjadi antara faktor utama seseorang anak seni mampu bertahan lama dalam industri, sekali gus menyokong pandangan aktres Fasha Sandha berhubung isu terbabit.

“Saya setuju dengan apa yang Fasha Sandha cakap soal artis datang lambat ke set. Memang sikap begitu tak bagus. Sebab itulah dia masih bertahan dalam industri sampai sekarang.

“Kalau kita tengok orang lama masih relevan, semua itu ada sebabnya. Pernah saya berlakon dengan pelakon baharu yang langsung tak bawa pakaian sendiri. Mereka harapkan produksi sediakan semuanya.

“Tak boleh macam itu. Kita berlakon drama, bukan filem. Kalau tak mampu bawa banyak, sekurang-kurangnya berbincang dengan pihak wardrobe. Susah bila rasa diri popular,” katanya kepada Kosmo Online.

Tambah pelakon drama Cela itu lagi, aspek komunikasi di lokasi penggambaran juga tidak kurang penting kerana mampu mewujudkan suasana kerja lebih harmoni.

Tegasnya, pelakon baharu sepatutnya mengambil inisiatif untuk berkenalan dan membina hubungan baik dengan seluruh tenaga produksi, bukannya hanya membawa haluan sendiri.

“Komunikasi sangat penting. Jangan datang ke set kemudian buat hal sendiri. Sekurang-kurangnya tegurlah semua orang, duduk bersama pasukan produksi dan bina hubungan baik.

“Selalunya kami pelakon lama pula terpaksa memulakan perbualan walaupun sepatutnya orang baharu terlebih dahulu bertegur sapa.

“Kami faham mungkin mereka malu, tetapi ada juga segelintir memperlihatkan sikap seolah-olah terlalu menjaga imej. Paling penting, datanglah tepat pada waktunya kerana kelewatan seorang boleh mengganggu kerja ramai,” ujarnya.

Ditanya mengenai punca segelintir pelakon gagal mengekalkan disiplin, isteri kepada aktor Fauzi Nawawi itu berpendapat perkara tersebut mungkin berpunca daripada rasa terlalu selesa selepas mengecapi populariti.

Malah, dia turut menyalahkan pengurus artis kerana gagal mendidik dan menegur anak buah masing-masing.

“Mungkin mereka terlalu selesa atau lebih tepat, ‘rasa terlajak popular’. Apabila mula rasa popular, mereka fikir semua orang sanggup menunggu dan perlu mengikut kehendak mereka.

“Bagi saya, pengurus juga perlu dipersalahkan. Mereka dibayar untuk menguruskan artis, jadi mereka juga perlu mendisiplinkan artis. Jangan biarkan perangai seperti ini berterusan.

“Kalau terus dibiasakan, tunggulah lima atau 10 tahun lagi. Ketika itu barulah kita tahu sama ada seseorang benar-benar mampu bertahan dalam industri atau sebaliknya,” tuturnya.

Terdahulu, Fasha Sandha sekali lagi meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa masih gagal menepati masa sepanjang penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran jadual kerja dan menyusahkan seluruh pasukan produksi.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Guna AI? Rasa Nak Buat Sambal Bilis Siapa Yang Cakap’ –...

0
PETALING JAYA – Bersengkang mata selain mengorbankan banyak tenaga dan emosi demi menghasilkan karya terbaik, penyanyi Aisha Retno menempelak dakwaan segelintir netizen kononnya lagu...

CATEGORIES