Saturday, July 11, 2026
HomeSUKANMbappe Bantu Perancis Mara Ke Separuh Akhir, Benam Maghribi 2-0

Mbappe Bantu Perancis Mara Ke Separuh Akhir, Benam Maghribi 2-0

FOXBOROUGH: Kapten Kylian Mbappe menjaringkan gol kelapannya dalam kejohanan ini untuk membantu Perancis mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Maghribi dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia pada awal pagi Jumaat (10 Jul).

Kemenangan ini membolehkan mereka menempah tiket ke pusingan separuh akhir, sama ada menentang Sepanyol atau Belgium.

Mbappe hampir membuka tirai jaringan pada minit ke 28 melalui tendangan penalti, tetapi ia berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Mbappe kemudian menjaringkan gol menerusi rembatan dari dalam kotak penalti tepat pada minit ke-60.

Ousmane Dembele mengukuhkan kedudukan pada minit ke-66 menerusi satu rembatan rendah.

Mbappe, yang berusia 27 tahun, kini telah menjaringkan 20 gol secara keseluruhan dalam 20 penampilan di Piala Dunia.

Beliau kini berkongsi kedudukan dengan Lionel Messi dalam carta penjaring gol terbanyak Piala Dunia kali ini, dan hanya ketinggalan satu gol di belakang bintang Argentina itu dalam senarai penjaring gol terbanyak kejohanan itu.

Perancis kini memburu tempat untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.
Sumber : Reuters/NK/nk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelakon Drama Gerak Khas, Tisha Samsir Nafi Terlibat Dadah

0
KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita drama kepolisan Gerak Khas 2.0 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberikan...

CATEGORIES