Thursday, July 9, 2026
HomeLUAR NEGARA900 Ekor Ular Terlepas Semasa Banjir Diburu Di Selatan China

900 Ekor Ular Terlepas Semasa Banjir Diburu Di Selatan China

BEIJING – Penduduk di selatan China menyertai pasukan penyelamat memburu beratus-ratus ular yang terlepas dari sebuah ladang ternakan ular yang tenggelam selepas Taufan Maysak menyebabkan banjir di Hengzhou, Wilayah Autonomi Guanxi Zhuang, lapor laman  berita VnExpress.

Rakaman video kejadian menunjukkan penduduk kampung di kawasan yang ditenggelami  air menggunakan jala untuk menangkap ular.

Malah, seekor ular tedung dilihat  muncul dari dalam air banjir sebelum penduduk meneruskan pencarian dan menangkap semula ular yang masih hidup.

Pihak berkuasa tempatan berkata, dianggarkan 800 hingga 900 ekor ular termasuk spesies tedung berbisa, terlepas apabila ladang di Hengzhou itu dilanda banjir, Isnin lalu.

Seorang penduduk kampung turut dipatuk ular dan kini  menerima rawatan kecemasan.

Menurut media tempatan, banjir menyebabkan takungan air di Liulan dan Yunbiao pecah seterusnya menenggelamkan komuniti di kawasan rendah serta menghanyutkan beberapa ladang ternakan ular berskala kecil.

Pihak berkuasa menggerakkan pasukan kecemasan untuk menangkap semula reptilia yang terlepas dan memberi amaran kepada penduduk agar mengelakkan kawasan banjir sepanjang operasi dijalankan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gardenia Dan UiTM Meterai Kerjasama Strategik Melalui Program Apprenticeship 2026 Bagi...

0
Shah Alam, 8 Julai 2026 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., jenama roti kegemaran rakyat Malaysia, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti...

CATEGORIES