Thursday, July 2, 2026
HomeHIBURAN"Sepanjang Riwayatku" Dan Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P.Ramlee Komitmen Berterusan Kerajaan...

“Sepanjang Riwayatku” Dan Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P.Ramlee Komitmen Berterusan Kerajaan Madani Pelihara Seni Warisan Negara

PULAU PINANG, 2 Julai 2026 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Minggu Kenangan P. Ramlee 2026 bertemakan “Sepanjang Riwayatku” serta Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P. Ramlee. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini diadakan sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan negara terhadap sumbangan besar Seniman Agung yang telah banyak berjasa dalam membentuk identiti filem dan muzik tanah air. Sepanjang hayatnya, Tan Sri P. Ramlee telah menghasilkan karya-karya segar yang bukan sahaja mencorakkan landskap seni tanah air, malah mengangkat nilai kemanusiaan dan perpaduan.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapan aluannya berkata ‘Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan dalam memelihara warisan seni negara. Pengisian program ini turut mendidik generasi muda agar terus menghargai sejarah, memperkukuh jati diri nasional serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membina negara bangsa’.

Sebagai rekod, Kerajaan melalui Arkib Negara Malaysia telah menubuhkan dua institusi khas bagi memelihara dan mengabadikan legasi Tan Sri P.Ramlee iaitu Rumah Kelahiran P. Ramlee dan Pustaka Peringatan P. Ramlee.

Selain itu, pelbagai program sisipan turut diadakan sepanjang tiga hari program ini berlangsung seperti Bicara Sejarah dan Kenangan Rumah Kelahiran P. Ramlee, Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Tan Sri P. Ramlee, Ceramah ‘Seni Dakwah Seniman” dan Pameran 100 Lampu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Orang Nampak Kuat Tapi Ada Dugaan Menyedihkan, Sangat Berat’ – Fazura

0
PETALING JAYA – Terlihat kuat pada pandangan umum, namun pelakon Fazura tidak mampu menahan air mata saat merakamkan single terbaharunya berjudul Kisah Terbaik lantaran...

CATEGORIES