Monday, June 22, 2026
HomeHIBURAN‘Dream Come True!’ – Zul Tengok Piala Dunia Depan Mata

‘Dream Come True!’ – Zul Tengok Piala Dunia Depan Mata

PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin meluahkan keterujaan luar biasa apabila berpeluang menyaksikan sendiri suasana perlawanan bola sepak Piala Dunia buat pertama kali dalam hidupnya di Amerika Syarikat.

Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, pengalaman menjejakkan kaki ke stadium ikonik di Los Angeles disifatkan sebagai mimpi menjadi nyata.

“Alhamdulillah! Ini kali pertama saya hadir secara langsung ke Piala Dunia. Berada di stadium terkenal di Los Angeles, tempat persembahan hebat seperti Super Bowl, memang satu mimpi jadi kenyataan.

“Saya sempat menonton perlawanan England dan Bosnia, memang pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup.

“Permainan bola sepak sangat hebat, suasana pula luar biasa. Saya menikmati setiap detik di sini. Ini benar-benar impian Piala Dunia saya, semuanya hasil peluang bersama KIA. Boom!” katanya dalam Instagram.

Menariknya, kunjungan tersebut menjadi perjalanan pertama bintang filem The Furious itu ke Amerika Syarikat, hasil tajaan penuh KIA Malaysia bersama KIA Asia Pacific.

Perkongsian Zul dalam media sosial mencuri perhatian ramai terutama peminat bola sepak lelaki yang rata-rata meluahkan rasa cemburu melihat peluang keemasan tersebut.

“Rezeki betul, tengok live World Cup, memang impian semua lelaki.

“Seronoknya, suasana stadium tu lain macam. Memang padu!

“Ini baru betul-betul ‘living the dream’, bukan semua dapat peluang macam ni,” tulis netizen.

Untuk rekod, Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 telah bermula pada 11 Jun lalu di Stadium Azteca, Mexico City dan dijadualkan berakhir dengan perlawanan akhir pada 19 Julai depan, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah kejohanan bola sepak dunia itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Hampir Meroyan, Rasa ‘Lost’, Menangis Teresak-Esak’

0
KUALA LUMPUR – “Saya hampir-hampir nak meroyan. Selepas melahirkan Akira rasa macam ‘lost’. Demikian pengakuan isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, Watie yang melalui tempoh berpantang...

CATEGORIES