Friday, June 12, 2026
HomeHIBURANFasha Sandha, Jemyma Tolak TTMM2, Jejai Tak Izinkan

Fasha Sandha, Jemyma Tolak TTMM2, Jejai Tak Izinkan

SHAH ALAM – Pelakon terkenal Fasha Sandha mendedahkan dia pernah diundang untuk menyertai rancangan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersama anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma namun terpaksa menolak gara-gara bekas suaminya, iaitu Datuk Rizal Ashram Ramli, atau Jejai tidak memberi keizinan.

Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, dia akur dan menghormati keputusan bekas suaminya itu.

“Memang saya ada dapat tawaran untuk sertai TTMM2. Jemyma macam nak masuk. Tetapi bapanya tak izinkan. Jadi saya hormati keputusan tersebut.

“Mungkin bapanya ada sebab tersendiri kenapa dia tidak izinkan. Bimbang seandainya Jemyma sukar untuk bahagikan masa dan tercicir dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui di Konsert minggu kelapan TTMM2, di sini, baru-baru ini.

Namun kata Fasha, suami iaitu Aidil pula terbuka seandainya anak mereka iaitu Aisha Amaira ingin menyertai rancangan tersebut.

“Aidil okey sahaja. Tetapi Aisha masih terlalu muda. Bulan Ogos ini baru masuk enam tahun. Mungkin tunggu bila sudah besar sikit,” jelasnya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk bergelar ‘manager’ seandainya satu hari nanti dia setuju untuk sertai TTMM, kata Fasha dia bersedia namun akui tugas itu tidak mudah.

“Saya okey sahaja. Tetapi saya tak rasa anak saya seberani itu. Mereka yang bertanding dalam TTMM2 sangat luar biasa. Tak semua punya keberanian sebegitu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri terbaru berjudul Love Of My Life yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Banteras Dadah ‘Piu Piu’, PDRM Mahu Vape Diharamkan

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengulangi pendirian agar peranti rokok elektronik atau vape wajar diharamkan sepenuhnya susulan kemunculan dadah sintetik baharu dikenali...

CATEGORIES