Friday, June 12, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Dihargai, Syukur’ – Cik B Tak Takut Dipergunakan

‘Kalau Dihargai, Syukur’ – Cik B Tak Takut Dipergunakan

PETALING JAYA – Menerima banyak nasihat agar berpada-pada meletakkan kepercayaan dalam apa jua perhubungan termasuk persahabatan, penyanyi juga usahawan Cik B mengakui tidak pernah berasa bimbang atau menyimpan prasangka terhadap mana-mana individu yang cuba berkawan atau mengambil kesempatan terhadapnya.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, dia ikhlas dalam setiap hubungan persahabatan yang terjalin dengan sesiapa pun.

“Ramai tanya saya, takut tak orang gunakan saya.

“Tidak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya,” katanya dalam Threads.

Anak usahawan popularm Datuk Seri Vida itu menambah, dia bahkan terharu sekiranya hubungan tersebut diraikan namun tetap menegaskan tidak melakukan semuanya secara berlebih-lebihan.

“Kalau dihargai, syukur tetapi jika tidak pun, tak mengapa.

“Tetapi berkawan berpada-pada,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata memuji keihklasan Cik B namun tetap mengingatkannya agar berhati-hati kerana bimbang menjadi mangsa penipuan.

Baru-baru ini, dia juga dipuji ramai apabila membelikan anak penyanyi Ani Mayuni iaitu Viviana sebuah iPad yang berharga ribuan ringgit sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘’Classy’ Tidak Boleh Dibuat-Buat, Kalau Rempit Tu Rempit Jelah

0
PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick menegaskan latar belakang keluarga memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian seseorang, termasuk dirinya yang mengakui tidak terlepas dilabel...

CATEGORIES