Friday, June 5, 2026
HomeHIBURAN‘Pernah Menangis Depan Cermin, Orang Ingat Saya Gila’

‘Pernah Menangis Depan Cermin, Orang Ingat Saya Gila’

MESKI masih hijau dalam dunia perfileman tanah air, Fazziq Muqris sanggup melakukan perubahan ekstrem terhadap penampilannya bagi memenuhi tuntutan watak yang digalas.

Komited dengan kerjaya sebagai pelakon, pemilik nama penuh Muhammad Fazziq Muqris Mohd. Shariff itu juga sanggup membotakkan kepala jika itu tuntutan skrip bagi menambah impak sesebuah karya.

“Kalau pengarah minta saya botakkan rambut, memang saya akan lakukan tetapi syaratnya hanya untuk kerja.

“Berlakon adalah minat dan semua itu saya dedikasikan untuk setiap karya lakonan. Usaha bagi memastikan watak yang dijayakan berjaya meninggalkan impak,” katanya.

Pernah beberapa kali melakukan perubahan terhadap diri, penyampai radio Era FM itu berkata, semua usaha tersebut juga demi kepuasan dirinya.

“Sebelum ini saya pernah amalkan diet untuk watak sebuah filem, sanggup sengsarakan diri.

“Kemudian menangis depan cermin, bercakap seorang diri sehingga ada yang anggap saya gila. Kemudian bila sudah kurus, orang tuduh saya ambil ubat sedangkan mereka tidak tahu saya sampai menangis seorang diri sebab tidak dapat menikmati macam-macam makanan.

“Ketika itu, tiga bulan saya termenung tengok orang lain makan,” ujarnya yang kini muncul dengan filem baharu berjudul Kata Hati.

Kata Hati

Bercerita mengenai filem terbaharunya, Kata Hati, Fazziq yang memegang watak sebagai Zayn Mikhail berkata, dia pada awalnya tidak yakin untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Mulanya saya tidak yakin untuk lakukan, namun selepas dapat sinopsis dan dapat tahu heroinnya, Nia Atasha, saya terus setuju meskipun watak antagonis.

“Tambahan pula kita memang sudah lama tidak ada naskhah romantik komedi sebegini di pawagam, jadi ini masa yang tepat,” ujarnya lagi.

Bercerita lanjut mengenai watak antagonis yang digalas, dia terbuka menerima kebencian daripada penonton.

Baginya, rasa benci terhadap sesebuah watak membuktikan seseorang pelakon berjaya menterjemahkan karakter mereka dengan cemerlang.

“Sesiapa yang menonton pasti akan benci watak saya.

“Namun, saya sangat mengalu-alukan kebencian dan komen kecaman. Semua itu buat saaa lebih percaya diri bahawa mampu menjayakan karakter sebegitu,” akhirinya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Berhenti Belajar, Pelajaran Sangat Penting’ – Oddah

0
KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja semakin meningkat naik, Oddah menafikan dakwaan kononnya dia tidak lagi mahu meneruskan sesi persekolahannya semata-mata ingin fokus terhadap kerjaya...

CATEGORIES