Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANPencipta Lagu BTS, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN Tulis Lagu Baharu Untuk ALPHA

Pencipta Lagu BTS, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN Tulis Lagu Baharu Untuk ALPHA

Kumpulan M-Pop ALPHA terus mencuri perhatian apabila mendedahkan salah satu lagu dalam album debut mereka, The First Wave, yang melibatkan penulis lagu terkenal di sebalik beberapa hits K-Pop antarabangsa.

Lagu berjudul Burn It Down itu menampilkan kerjasama bersama dua penulis lagu terkenal, Daniel Caesar dan Candace Sosa yang sebelum ini banyak menghasilkan lagu untuk artis K-Pop popular dunia.

Daniel antara individu yang pernah menulis lagu untuk BTS menerusi lagu Run BTS dan Moon, selain terlibat dalam penghasilan lagu kumpulan lain seperti TOMORROW X TOGETHER menerusi Loser=Lover, ITZY (ICY), ENHYPEN (Tamed-Dashed) dan Red Velvet menerusi Zimzalabim.

Sementara itu, Candace pula dikenali sebagai antara penulis di sebalik beberapa lagu ikonik BTS termasuk Euphoria, Magic Shop, Mikrokosmos dan Love Maze.

Malah, Candace turut menghasilkan lagu untuk TOMORROW X TOGETHER menerusi New Rules selain kumpulan TWICE dengan lagu Depend On You.

Menariknya, Burn It Down dirakam oleh ALPHA ketika mereka menjalani latihan intensif di Korea Selatan pada penghujung tahun lalu.

Proses rakaman lagu tersebut turut dipaparkan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapteryang kini boleh distrim di Astro Go.

ALPHA yang dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky ditubuhkan selepas pertandingan Big Stage Alpha tahun lalu.

Untuk rekod, album debut mereka The First Wave dijangka dilancarkan di semua platform digital pada 15 Jun depan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jadual Seni Padat, Tetapi Teater PGL Sudah Lama Saya Idamkan’ –...

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mimi Fly mengakui komitmen jadual kerja yang padat tidak menghalang dirinya untuk menerima cabaran baharu sebagai watak Bayan dalam pementasan teater...

CATEGORIES