Monday, May 11, 2026
HomeHIBURAN‘Anak Saya Bukan Jenis ‘Belter’, Dia Lebih Kepada Muzik Noh Hujan’

‘Anak Saya Bukan Jenis ‘Belter’, Dia Lebih Kepada Muzik Noh Hujan’

SHAH ALAM – Tidak terkilan, penyanyi Datuk Fazley Yaakob akur apabila anaknya, Fariedz Fazley tersingkir di minggu keempat Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), semalam.

Fazley, 48, yang bertindak sebagai pengurus kepada anaknya itu mendedahkan bahawa dia sudah pun mempersiapkan mental Fariedz untuk berdepan sebarang kemungkinan sejak awal pertandingan bermula.

“Sebenarnya saya sudah siapkan Fariedz sejak minggu pertama lagi. Saya katakan kepadanya, setiap minggu ada kemungkinan untuk terkeluar.

“Apa yang penting, buat sehabis baik supaya persembahan terakhir itu akan diingati sampai bila-bila.

“Sebagai pengurus dan bapa, saya melihat dia tidak melakukan sebarang silap. Dia menyanyi dan menari dengan sempurna seperti yang diminta, namun lapan peserta lain juga sangat hebat,” katanya.

Enggan membiarkan kegagalan mematahkan semangat, pelantun lagu Asmara itu memaklumkan sudah mempunyai hala tuju buat karier seni Fariedz termasuk penerbitan karya sulung.

“Fasa kedua Fariedz adalah rakaman single yang dihasilkan, ditulis dan digubah sendiri olehnya. Kita akan terbang ke luar negara dalam tempoh dua minggu lagi untuk proses rakaman.

“Bakat Fariedz ini unik, dia bukan penyanyi jenis ‘belter’ tetapi lebih kepada penyanyi dengan muzik seperti Noh Hujan atau Masdo.

“Ini adalah permulaan buatnya dalam industri seni,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Fariedz berlapang dada dengan keputusan juri dan menyifatkan penyingkirannya sebagai keputusan yang adil memandangkan persaingan sengit daripada peserta lain.

“Saya faham kenapa saya keluar. Peserta lain seperti Viviana mempunyai vokal yang sangat bertenaga manakala Kim pula mempunyai riff yang sangat bagus.

“Mereka semua ada kelebihan masing-masing. Malah saya pernah beritahu Dida (panggilan untuk Fazley), saya lega saya yang keluar.

“Jika peserta lain yang keluar, saya akan rasa ralat kerana mereka lebih layak untuk kekal,” katanya.

Dalam masa yang sama, Fariedz yang bakal memulakan pengajian dalam bidang perubatan pada Ogos depan nekad untuk membahagikan masa antara pelajaran, kerjaya muzik dan minatnya dalam bidang kulinari.

Semalam, Fariedz yang mendendangkan lagu Baby nyanyian asal Justin Bieber dan Kopi Dangdut oleh Fahmi mendapat markah terendah iaitu 69.67 peratus.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azeva Rampas No.1, Fariedz, Fazley Tinggalkan Pentas TTMM2

0
SHAH ALAM – Pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Fariedz Fazley dan pengurusnya, Datuk Fazley Yaakob tersingkir di minggu keempat. Dua lagi...

CATEGORIES