Friday, May 8, 2026
HomeLUAR NEGARA20 Pendaki Gunung Dukono Hilang Termasuk 9 Dari Singapura

20 Pendaki Gunung Dukono Hilang Termasuk 9 Dari Singapura

JAKARTA – Seramai 20 pendaki dengan sembilan dari Singapura dilaporkan hilang hari ini selepas Gunung Dukono di Pulau Halmahera, timur Indonesia meletus dengan  mengeluarkan awan abu setinggi 10 kilometer ke udara, lapor seorang pegawai penyelamat kepada AFP.

“Pasukan kami sedang dalam perjalanan. Masih belum dapat disahkan jika ada mangsa yang cedera. Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 20 orang yang sedang dicari,” kata pegawai penyelamat tempatan,Iwan Ramdani melalui telefon.

Beliau mengesahkan kesemua 20 individu tersebut adalah pendaki meskipun kawasan itu ditutup kepada pelawat sejak 17 April lalu selepas ahli-ahli sains mengesahkan peningkatan aktiviti vulkanik.

Ketua agensi geologi kerajaan, Lana Saria berkata,  letusan awal pagi itu disertai ‘bunyi dentuman’ dengan asap tebal menjulang setinggi 10 kilometer dari puncak Gunung Dukono di wilayah Maluku Utara.

“Arah taburan abu condong ke utara, jadi kawasan perumahan dan Kota Tobelo perlu berwaspada terhadap  hujan abu gunung berapi,” katanya.

Asap tersebut boleh membahayakan kesihatan awam, tambah Lana, dan berisiko mengganggu perkhidmatan pengangkutan.

Indonesia, kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di  ‘Lingkaran Api’ Pasifik di mana plat tektonik bertembung.

Gunung Dukono kini berada pada tahap amaran ketiga tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat Indonesia.

Sejak Disember, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) telah menasihati  agar pelancong dan pendaki tidak mendekati kawasan dalam lingkungan 4 kilometer dari Kawah Malupang Warirang gunung berapi tersebut.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pemandu Van Mengaku Tidak Bersalah Langgar Mati Murid Sekolah

0
BATU PAHAT – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dalam kemalangan...

CATEGORIES