Monday, June 22, 2026
HomeSUKANEPL: Harapan Arsenal Kembali Menyala, Benam Fulham 3-0

EPL: Harapan Arsenal Kembali Menyala, Benam Fulham 3-0

LONDON – Arsenal terus menghidupkan peluang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Fulham 3-0 dalam aksi meyakinkan di Stadium Emirates, sekali gus meniup semula keyakinan skuad The Gunners.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan di puncak liga, malah menjadi isyarat jelas bahawa skuad kendalian Mikel Arteta belum mengibarkan bendera putih dalam perebutan takhta liga musim ini.

Arteta menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bahawa impian Arsenal masih bernyawa meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang kempen 2025/26.

“Ia menunjukkan bahawa pemain dan semua orang dalam pasukan ini masih memasang impian itu (juara liga),” katanya.

Menurutnya, kemampuan pemain untuk terus mencatat kemenangan demi kemenangan walaupun dihimpit masalah kecederaan membuktikan kekuatan mental dimiliki pasukan itu.

“Apa yang dilakukan pemain sepanjang musim ini sangat luar biasa, terutamanya apabila kami kehilangan ramai pemain pada waktu tertentu,” jelasnya.

Arsenal tampil garang sejak awal permainan dengan aksi menyerang yang lebih bertenaga, sekali gus menamatkan kebuntuan prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Kembalinya pemain sayap, Bukayo Saka ke dalam kesebelasan utama turut memberi impak besar, selain aksi cemerlang Viktor Gyokeres yang mempamerkan prestasi terbaiknya musim ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES